Tuesday 11 October 2016

XIXILI SUPPORT PINK

Bulan Oktober merupakan bulan kesedaran Kanser Payudara. Pelbagai agensi dan perniagaan berkaitan wanita membuat kempen bagi menambahkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya kanser payudara terutama bagi golongan wanita. 

XIXILI juga tidak ketinggalan untuk menyertai kempen Be Breast Cancer Awareness bagi bulan Oktober 2016. Bertempat di South Court, Mid Valley Megamall. XIXILI menyediakan doktor pakar bagi menjalankan pemeriksaan kanser payudara bagi pengunjung yang berminat untuk membuat pemeriksaan.

Gabungan XIXILI dan Kedai Salon Number 76 memeriahkan lagi kempen ini. 







Tidak melepaskan peluang dengan bergambar bersama-sama motor Harley Davidson.


Majlis Perasmian SHOOPEN

Pada 1 Oktober 2016, SHOOPEN Malaysia telah dirasmikan dan SHOOPEN turut mengundang pelakon berbakat dan juga ahli RUNNING MAN dari Korea iaitu SONG JI HYO.

Seawal 6 pagi, peminat Song Ji Hyo beratur untuk melihat secara dekat.



Artis tempatan juga turut hadir memeriahkan majlis.

Diana Danielle


Qiss sempat juga beratur untuk menjadi 500 orang terawal dan mendapat baucar diskaun sebanyak 50%.  Memang rambang mata bila tengok kasut-kasut di SHOOPEN ni.


Kepada pembaca semua, bolehlah melihat sendiri kepelbagaian rekaan kasut di Kedai Shoopen yang terletak di Fahrenheit88, Bukit Bintang.